Pages

Wednesday, August 18, 2010

Biodata Pengasas Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat - J.S Bruner

J.S Bruner

Jerome S. Bruner dilahirkan dalam tahun 1915. Jerome Bruner, seorang ahli psikologi abad ke-20 yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahwa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan yaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme). Hasil karya Bruner seperti The Process of Education dan Towards a Theory of Instruction telah diiktirafkan sebagai buku-buku klasik yang dibaca oleh para pendidik seluruh dunia.

Antara teori pengajaran Bruner ialah:  

  1. Harus menentukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang digunakan sebagai motivasi pelajar. 
  2. Bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari. 
  3. Teori Pengajaran harus menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisasikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari. 
  4. Teori Pengajaran harus menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian akiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya.

No comments:

Post a Comment