Pages

Wednesday, August 18, 2010

Model Taba


Mengikut Taba, konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan banan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai.


Penyusunan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan dalam model ini. Model ini menerangkan bahawa seseorang pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti berikut; menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan, menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya, membuat generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu, dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya, dengan merujuk kepada model ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.




Dalam hal ini, Taba mencadangkan satu model yang mengaitkan pembentukan konsep dengan pemilihan dan memeringkatkan isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Taba, pembentukan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat utama.



Empat Peringkat Utama

a) Peringkat Penyusunan Data.  

-Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan ciri-ciri persamaan dan perbezaannya.
b) Peringkat Pembentukan Konsep
-Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan ciri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu.
c) Peringkat Membentuk Hukum
-Membuat kesimpulan atau generalisasi berdasarkan hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang dibuat dalam peringkat sebelumnya.
d) Peringkat Aplikasi
-Penggunaan generalisasi atau kesimpulan baru Model Pengajaran Taba mengaitkan stuktur pengetahuan dengan proses perancangan dan pembelajaran. 
-Semasa proses perancangan pelajaran, perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan ialah penyusunan data, pembentukan konsep dan membuat generalisasi atau prinsip dari konkrit kepada abstrak.   

No comments:

Post a Comment